Ahad, 6 April 2014

SANTAI DI ICT WATERWORLD

Bila sebut sahaja waterpark, anak aku yang paling seronok sekali. Sebelum ini banyak kali pergi mandi di Desa Water Park Kuala Lumpur. Itulah tempat kegemarannya. Sebelum ini pernah juga mandi di Bukit Merah Resort Perak  dan Karnival Waterworld  Sg Petani Kedah.  ICT Waterworld  ni kira  pertama kali lah nak pergi. Kalau tengok harga tiket, mak aaii.. mahal gilo!!  Tapi bila terbaca  satu blog berkaitan harga online  sangat murah, aku terus lah buka web ICT . Wow!  memang menakjubkan!  Hampir  separuh jimat dari harga  asal  RM40  dewasa  dan  RM30 bagi kanak-kanak untuk hari  Sabtu dan Ahad!  Syukur ..melalui  online, tiket cuma  RM24 dewasa  dan RM22 kanak-kanak!  Cayalah...






Atas sekali Naila, Tengah  Izzatul  dan Bawah Sekali Najihah









Sabtu, 22 Ogos 2009

HARAP MAAF...KAMI SEDANG MEMPERTINGKATKAN TARAF BLOG INI.

Sabtu, 3 Januari 2009

.ktm

SENANDUNG LANGKAWI   1MAC 2014


Sejak sekian lama aku teringin sangat nak naik keretapi.  Seronok sangat dengar cerita kawan-kawan yang pernah naik keretapi. Alhamdulillah.. dapat juga  rasa naik keretapi.  Pertama kalinya  naik dengan staff aku Zulkefli Yahaya. Masa tu aku macam jakun sikit. Maklumlah baru naik keretapi.  Baru-baru ni pulak  Keretapi Tanah Melayu (KTM) bagi tiket free untuk kami pergi ke Kedah naik keretapi. Apalagi...aku, isteri anak  dan anak saudara serta isteri  dan adik dia  ambik la kesempatan naik keretapi . Ni kali kedua  aku naik tapi diaorang baru pertama  kali. Boleh la  aku berlagak pandai sikit hahahaha...

Rabu, 24 September 2008

RUMAH URUT DI BANGKOK








Pengalaman berada di negara orang pastinya menggamit seribu kenangan pahit manis yang sukar dilupakan. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.


Kesempatan berada di Bangkok Thailand beberapa hari membuatkan penulis berasa begitu seronok sekali walaupun adakalanya agak memeritkan disebabkan masalah mendapatkan makanan halal .Betapa jijiknya tekak ini apabila setiap pagi keluar 'breakfast' di cafe hotel, ternampak hidangan daging babi . Hilang selera makan!Pun begitu, kesukaran mendapatkan makanan yang halal bukanlah menjadi penghalang bagi Pakcu untuk menjelajah sekitar Bangkok bagi menghidu udara luar.


Pun begitu, beberapa perancangan Pakcu untuk ke beberapa tempat pelancongan menarik agak terbantut disebabkan oleh kerana kebanyakan pemandu teksi di sekitar Bangkok tidak pandai berbahasa Inggeris. Mahu tak mahu, Pakcu bersama rakan, Rosdi hanya ke beberapa tempat di sekitar bandar utama Bangkok sahaja.


Dari segi kebersihan, agak mengecewakan juga. Tahap kebersihannya yang agak 'meloyakan' tekak. Anak-anak sungai sekitar Bangkok kelihatan seperti air kopi. Amat kotor sekali.Kesempatan Pakcu melawat pusat penjaja terbesar di Bangkok dengan lebih 8000 kedai amat menarik sekali. Bazar Chatuchak amat sinonim dengan para pelancong serata negara. Berbagai keperluan pakaian serta macam-macam lagi boleh didapati di sini. Memang berbaloi berbelanja di sini.Pengalaman menaiki feri besar juga turut menggamit memori.


Keindahan Bangkok amat terserlah di sepanjang perjalanan menyusuri sungai Bangkok ini.


Bila malam menjelma, kota Bangkok ternyata berubah wajah apabila setiap sudut bangunannya dipenuhi dengan rumah-rumah urut di sana sini. Setiap perjalanan kita pasti diganggu oleh 'kaki-kaki' rumah urut yang menawarkan perkhidmatan 'terbaik' urut. Betullah kata orang, Thailand bagaikan syurga dunia...

Sabtu, 13 September 2008

JUAL KARIPAP KENA KELULUSAN BANK NEGARA?


Assalamualaikum... selamat sejahtera, selamat berkenalan, dan selamat segala-galanya.


Alhamdulillah...setelah sekian lama Pakcu ingin muncul diruangan ini, maka baru sekarang tercapai hasrat dan cita-cita Pakcu. Sebenarnya memang dah lama Pakcu suka benar membelek serta membaca ruangan blog-blog internet yang ditulis oleh berbagai-bagai blogger terkenal tanahair.Lebih-lebih lagi blogger yang banyak menulis tentang dunia politik. Nama-nama popular seperti Raja Petra Raja Kamaruddin, Cucu Mat Kilau, Amin Iskandar, CheguBard, Sang Kelembai, Hanafiah Man dan ramai lagi.Disebabkan keadaan iklim politik yang tak menentu sekarang ni, maka ruang blog yang berkaitan politik sangat popular dan banyak dikunjungi pembaca.

Bagi Pakcu, rasanya lebih baik Pakcu masuk ke satu bidang yang jarang-jarang sekali blogger berminat menulis iaitu berkaitan dunia jualan langsung atau mulitilevel marketing.Sebenarnya dalam bidang jualan langsung ni, kita boleh jumpa bermacam-mcam jenis manusia di dalamnya. Maksud Pakcu bagi jenis manusia suka sangat cakap besar. Jenis ni memang sangat ramai dalam dunia 'multilevel' atau MLM ni. Terutama bagi yang pernah dapat bonus 'lebih sikit' tapi ceritanya berdegar-degar. Nanti korang akan faham dengan karektor manusia jenis itu yang akan Pakcu tulis dari masa ke semasa.Selain jenis manusia yang suka cakap besar, ada juga jenis manusia bengap, manusia bodoh sombong, manusia keras kepala dan sebagainya lagi.


Untuk cerita yang pertama tentang perangai manusia dalam MLM ni, Pakcu nak cerita sikit tentang pengalaman yang baru sahaja Pakcu dan rakan-rakan alami sebelum puasa lalu. Ketika itu Pakcu bersama kawan serta staff berkunjung ke Johor Baharu untuk membantu seorang 'downline' yang meminta kerjasama kami berjumpa dengan rakannya yang tinggal di Johor.Petang tu, lepas check-in kat hotel New York JB, kita orang pun buat janji la dengan 'member' ni. Nama dia rasanya tak payah sebut la kan. Cukup sahaja Pakcu panggil 'abang' saja.


Tunggu punya tunggu, akhirnya samapai la 'abang' yang dijanjikan itu.Cewahhh....nampak macam kerek je. Oleh sebab dia ni buat janji dengan member serombongan dengan Pakcu,maka Pakcu cuma ambik keputusan untuk mendengar sahaja penerangan dari member Pakcu.

"Cuba cerita sikit apa bendanya multilevel yang korang bawak ni. Member aku kat KL kata bagus sangat. Apa yang bagusnya?,"tanya 'abang' tu pada member aku yang bernama Rosdi atau Pakcu panggil Dee je..

"..kami nak ceritakan sikit tentang bisnes emas 916 ni. Ni plan pemasarannya,"kata Dee memberi kertas plan pada 'abang; tu
Abang tu ambik masa dekat 5 minit juga nak baca plan tu.

"ni mana sah di segi undang-undang!.." tetiba 'abang' tu bersuara.

"ni sama je dengan pelaburan internet yang top tahun lepas. Menipu orang je!,"kata 'abang' lagi tanpa segan silu menjatuhkan air muka kami bereempat yang duduk mengadapnya di sebuah kedai nasih lemak dekat dengan hotel.

"Syarikat jualan langsung yang korang buat ni dapat kelulusan BanK Negara tak?, " tetiba 'abang' kerek tu bersuara lagi.

"Ni syarikat jualan langsung la bang. Ada lesen AJL. Tak perlu kebenaran Bank Negara. Semua ni dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna!," tetiba seorang staff Pakcu, Najili keluarkan suara setelah melihat sikap 'abang' tu cakap berlagak pandai.

"Ko diam..! Ko budak-budak! Korang tahu tak, buat apa bisnes pun mesti kena ada kelulusan Bank Negara! Korang tahu tak? Kalau tak tahu...diam! Jangan buat-buat pandai!," herdik 'abang' tu meninggikan suara.

"Takkan nak buka kedai runcit pun kena kelulusan bank negara?," tanya Pakcu tak puas hati.

"Tu la..korang tak faham benda-benda macam ni. Orang jual nasi lemak tepi jalan pun kena dapatkan kelulusan bank negara tau. lain kali kalau tak tahu, dok diam!," terang 'abang' tu lagi yang agak keras kepala. Nak tunjuk dia 'power' la agaknya.Suasana jadi makin panas. Kami berempat muka merah padam. Bengang betul dengan ,abang, sorang ni. Kalau tak minat buat MLM cakap je la. Ni siap tunjuk pandai lagi.

Bagi mengurangkan tahap kemarahan, tetiba Pakcu saja alih perbualan dari hal Bank negara , kembali ke topik MLM semula.

"Kawan 'abang' yang suruh kami jumpa ni, dia dah dapat 'income' RM12 ribu walau baru buat dua minggu saja program jualan langsung ni..!," terang Pakcu.

"Ala..tak payah la nak cerita pasal orang lain punya income. Kita nak buat apa-apa pun mesti kena dapat kebenaran Bank negara dulu...!," abang tu masih menegakkan benang yang basah.


Seorang staff Pakcu iaitu Syawal dah mula gelisah. Dia ni jenis kaki pukul. Pakcu pun risau. Bimbang syawal tak dapat kawal kemarahan pada abang tu.

Tak lama kemudian 'abang' tu berbangga dengan kerjayanya dalam kerajaan. Gaji mahal. Hidup senang. Tak main la MLM ni. Wah..riya' betul 'abang' ni, getus hati Pakcu.

Memikirkan hanya membuang masa Pakcu dengan rombongan bertemu dengan 'abang kerek' tu, Pakcu terus suruh pelayan warong nasik lemak untuk kira sahaja makanan yang kami makan tadi. Cepat-cepat kami minta diri nak balik ke bilik hotel.

"Berlagak betul la brader tu..!," kata syawal pada Pakcu.

"Tak pe Wal...nanti balik KL kita kena bagitahu makcik yang jual karipap tepi jalan tu suruh dapatkan kelulusan bank negara dulu sebelum berniaga," jawab Pakcu sambil kami ramai-ramai ketawa..hahhahahaha...

PAKCU- SEBENARNYA BANYAK BENDA LAGI YANG 'ABANG' TU MENGARUT. SAJA PAKCU TAK NAK TULIS SEMUA. PAKCU FIKIR KALAU DILAYAN, MAU GILA JADINYA KAMI BEREMPAT!.