Rabu, 24 September 2008

RUMAH URUT DI BANGKOK








Pengalaman berada di negara orang pastinya menggamit seribu kenangan pahit manis yang sukar dilupakan. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.


Kesempatan berada di Bangkok Thailand beberapa hari membuatkan penulis berasa begitu seronok sekali walaupun adakalanya agak memeritkan disebabkan masalah mendapatkan makanan halal .Betapa jijiknya tekak ini apabila setiap pagi keluar 'breakfast' di cafe hotel, ternampak hidangan daging babi . Hilang selera makan!Pun begitu, kesukaran mendapatkan makanan yang halal bukanlah menjadi penghalang bagi Pakcu untuk menjelajah sekitar Bangkok bagi menghidu udara luar.


Pun begitu, beberapa perancangan Pakcu untuk ke beberapa tempat pelancongan menarik agak terbantut disebabkan oleh kerana kebanyakan pemandu teksi di sekitar Bangkok tidak pandai berbahasa Inggeris. Mahu tak mahu, Pakcu bersama rakan, Rosdi hanya ke beberapa tempat di sekitar bandar utama Bangkok sahaja.


Dari segi kebersihan, agak mengecewakan juga. Tahap kebersihannya yang agak 'meloyakan' tekak. Anak-anak sungai sekitar Bangkok kelihatan seperti air kopi. Amat kotor sekali.Kesempatan Pakcu melawat pusat penjaja terbesar di Bangkok dengan lebih 8000 kedai amat menarik sekali. Bazar Chatuchak amat sinonim dengan para pelancong serata negara. Berbagai keperluan pakaian serta macam-macam lagi boleh didapati di sini. Memang berbaloi berbelanja di sini.Pengalaman menaiki feri besar juga turut menggamit memori.


Keindahan Bangkok amat terserlah di sepanjang perjalanan menyusuri sungai Bangkok ini.


Bila malam menjelma, kota Bangkok ternyata berubah wajah apabila setiap sudut bangunannya dipenuhi dengan rumah-rumah urut di sana sini. Setiap perjalanan kita pasti diganggu oleh 'kaki-kaki' rumah urut yang menawarkan perkhidmatan 'terbaik' urut. Betullah kata orang, Thailand bagaikan syurga dunia...

Tiada ulasan: