Assalamualaikum... selamat sejahtera, selamat berkenalan, dan selamat segala-galanya.
Alhamdulillah...setelah sekian lama Pakcu ingin muncul diruangan ini, maka baru sekarang tercapai hasrat dan cita-cita Pakcu. Sebenarnya memang dah lama Pakcu suka benar membelek serta membaca ruangan blog-blog internet yang ditulis oleh berbagai-bagai blogger terkenal tanahair.Lebih-lebih lagi blogger yang banyak menulis tentang dunia politik. Nama-nama popular seperti Raja Petra Raja Kamaruddin, Cucu Mat Kilau, Amin Iskandar, CheguBard, Sang Kelembai, Hanafiah Man dan ramai lagi.Disebabkan keadaan iklim politik yang tak menentu sekarang ni, maka ruang blog yang berkaitan politik sangat popular dan banyak dikunjungi pembaca.
Bagi Pakcu, rasanya lebih baik Pakcu masuk ke satu bidang yang jarang-jarang sekali blogger berminat menulis iaitu berkaitan dunia jualan langsung atau mulitilevel marketing.Sebenarnya dalam bidang jualan langsung ni, kita boleh jumpa bermacam-mcam jenis manusia di dalamnya. Maksud Pakcu bagi jenis manusia suka sangat cakap besar. Jenis ni memang sangat ramai dalam dunia 'multilevel' atau MLM ni. Terutama bagi yang pernah dapat bonus 'lebih sikit' tapi ceritanya berdegar-degar. Nanti korang akan faham dengan karektor manusia jenis itu yang akan Pakcu tulis dari masa ke semasa.Selain jenis manusia yang suka cakap besar, ada juga jenis manusia bengap, manusia bodoh sombong, manusia keras kepala dan sebagainya lagi.
Untuk cerita yang pertama tentang perangai manusia dalam MLM ni, Pakcu nak cerita sikit tentang pengalaman yang baru sahaja Pakcu dan rakan-rakan alami sebelum puasa lalu. Ketika itu Pakcu bersama kawan serta staff berkunjung ke Johor Baharu untuk membantu seorang 'downline' yang meminta kerjasama kami berjumpa dengan rakannya yang tinggal di Johor.Petang tu, lepas check-in kat hotel New York JB, kita orang pun buat janji la dengan 'member' ni. Nama dia rasanya tak payah sebut la kan. Cukup sahaja Pakcu panggil 'abang' saja.
Tunggu punya tunggu, akhirnya samapai la 'abang' yang dijanjikan itu.Cewahhh....nampak macam kerek je. Oleh sebab dia ni buat janji dengan member serombongan dengan Pakcu,maka Pakcu cuma ambik keputusan untuk mendengar sahaja penerangan dari member Pakcu.
"Cuba cerita sikit apa bendanya multilevel yang korang bawak ni. Member aku kat KL kata bagus sangat. Apa yang bagusnya?,"tanya 'abang' tu pada member aku yang bernama Rosdi atau Pakcu panggil Dee je..
"..kami nak ceritakan sikit tentang bisnes emas 916 ni. Ni plan pemasarannya,"kata Dee memberi kertas plan pada 'abang; tu
Abang tu ambik masa dekat 5 minit juga nak baca plan tu.
Abang tu ambik masa dekat 5 minit juga nak baca plan tu.
"ni mana sah di segi undang-undang!.." tetiba 'abang' tu bersuara.
"ni sama je dengan pelaburan internet yang top tahun lepas. Menipu orang je!,"kata 'abang' lagi tanpa segan silu menjatuhkan air muka kami bereempat yang duduk mengadapnya di sebuah kedai nasih lemak dekat dengan hotel.
"Syarikat jualan langsung yang korang buat ni dapat kelulusan BanK Negara tak?, " tetiba 'abang' kerek tu bersuara lagi.
"Ni syarikat jualan langsung la bang. Ada lesen AJL. Tak perlu kebenaran Bank Negara. Semua ni dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna!," tetiba seorang staff Pakcu, Najili keluarkan suara setelah melihat sikap 'abang' tu cakap berlagak pandai.
"Ko diam..! Ko budak-budak! Korang tahu tak, buat apa bisnes pun mesti kena ada kelulusan Bank Negara! Korang tahu tak? Kalau tak tahu...diam! Jangan buat-buat pandai!," herdik 'abang' tu meninggikan suara.
"Takkan nak buka kedai runcit pun kena kelulusan bank negara?," tanya Pakcu tak puas hati.
"Tu la..korang tak faham benda-benda macam ni. Orang jual nasi lemak tepi jalan pun kena dapatkan kelulusan bank negara tau. lain kali kalau tak tahu, dok diam!," terang 'abang' tu lagi yang agak keras kepala. Nak tunjuk dia 'power' la agaknya.Suasana jadi makin panas. Kami berempat muka merah padam. Bengang betul dengan ,abang, sorang ni. Kalau tak minat buat MLM cakap je la. Ni siap tunjuk pandai lagi.
Bagi mengurangkan tahap kemarahan, tetiba Pakcu saja alih perbualan dari hal Bank negara , kembali ke topik MLM semula.
"Kawan 'abang' yang suruh kami jumpa ni, dia dah dapat 'income' RM12 ribu walau baru buat dua minggu saja program jualan langsung ni..!," terang Pakcu.
"Ala..tak payah la nak cerita pasal orang lain punya income. Kita nak buat apa-apa pun mesti kena dapat kebenaran Bank negara dulu...!," abang tu masih menegakkan benang yang basah.
Seorang staff Pakcu iaitu Syawal dah mula gelisah. Dia ni jenis kaki pukul. Pakcu pun risau. Bimbang syawal tak dapat kawal kemarahan pada abang tu.
Tak lama kemudian 'abang' tu berbangga dengan kerjayanya dalam kerajaan. Gaji mahal. Hidup senang. Tak main la MLM ni. Wah..riya' betul 'abang' ni, getus hati Pakcu.
Memikirkan hanya membuang masa Pakcu dengan rombongan bertemu dengan 'abang kerek' tu, Pakcu terus suruh pelayan warong nasik lemak untuk kira sahaja makanan yang kami makan tadi. Cepat-cepat kami minta diri nak balik ke bilik hotel.
"Berlagak betul la brader tu..!," kata syawal pada Pakcu.
"Tak pe Wal...nanti balik KL kita kena bagitahu makcik yang jual karipap tepi jalan tu suruh dapatkan kelulusan bank negara dulu sebelum berniaga," jawab Pakcu sambil kami ramai-ramai ketawa..hahhahahaha...
PAKCU- SEBENARNYA BANYAK BENDA LAGI YANG 'ABANG' TU MENGARUT. SAJA PAKCU TAK NAK TULIS SEMUA. PAKCU FIKIR KALAU DILAYAN, MAU GILA JADINYA KAMI BEREMPAT!.
1 ulasan:
hahaha.. ada gak saye tebace artikel pakcu ni dalam media terkini.. tak payeh layan orang mcm ni.. lau kena kat aku da sampai kaki kat muke.. hehehe..
Catat Ulasan